Continue Cambodia trip to Phnom Penh
Selepas sekian lama baru ada 'feel' untuk update entri mengenai trip ke Phnom Penh. Sebelum ini dah cerita mengenai trip di Siem Reap. Yang belum baca boleh klik sini . AMARAN: ada lebih 100 keping gambar dalam entri ini. Jadi selamat melayan. So sambung cerita sebelum ini, saya menaiki bas seorang diri dari Siem Reap ke Phnom Penh. Perjalanan adalah selama lebih enam jam dan bayaran tiket bas sebanyak USD6. Bas bertolak sekitar jam 11 pagi so estimated time tiba Phnom Penh dalam jam 5 petang. Mengenai keselamatan pula, tiada apa-apa berlaku sepanjang perjalanan dan ada tourist lain dalam bas itu. Kawan-kawan yang pernah ke Kemboja juga memberitahu naik bas ke Phnom Penh selamat. Bas pula ala-ala bas macam di Malaysia, tempat duduk selesa dan ada aircond. Selepas lebih sejam perjalanan, bas singgah di satu kawasa untuk penumpang menggunakan tandas dan makan. Cengkerik, kumbang, belalang masak sambal dan disalut gula. Ada berani? Nyam Nyam.. Sejen