Continue Cambodia trip to Phnom Penh

Selepas sekian lama baru ada 'feel' untuk update entri mengenai trip ke Phnom Penh.
Sebelum ini dah cerita mengenai trip di Siem Reap.
Yang belum baca boleh klik sini.
AMARAN: ada lebih 100 keping gambar dalam entri ini. Jadi selamat melayan.
 So sambung cerita sebelum ini, saya menaiki bas seorang diri dari Siem Reap ke Phnom Penh.
Perjalanan adalah selama lebih enam jam dan bayaran tiket bas sebanyak USD6.
Bas bertolak sekitar jam 11 pagi so estimated time tiba Phnom Penh dalam jam 5 petang.
Mengenai keselamatan pula, tiada apa-apa berlaku sepanjang perjalanan
dan ada tourist lain dalam bas itu.
Kawan-kawan yang pernah ke Kemboja juga memberitahu
naik bas ke Phnom Penh selamat.
Bas pula ala-ala bas macam di Malaysia, tempat duduk selesa dan ada aircond.

Selepas lebih sejam perjalanan, bas singgah di satu kawasa
untuk penumpang menggunakan tandas dan makan.

Cengkerik, kumbang, belalang masak sambal dan disalut gula. 
Ada berani? Nyam Nyam..

Sejenis kumbang masak cili.
Kalau kt negara kita  serangga adalah perosak,
kat Kemboja pula dijadikan makanan.
Agaknya apa rasanya. Ranggup? 
Macam mekdi? KFC? Sambal tempe?

This looks more like a keruak then anak ayam.

Ni siput rebus masak cili. Jual mcm tu jer. 

Lepas tu kami naik semula bas dan meneruskan perjalanan.
Jalan sepanjang ke Phnom Penh ada yang sebahagiannya berbatu, berturap dan bertanah.
Jadi bas tak boleh laju sangat. 

Tiba di Phnom Penh sekitar jam 5 petang.
Sebelum itu, saya memang tidak membuat tempahan hotel di Phnom Penh.
Main redah jer.
Sampai terminal bas, baru turun dari bas terus kena serbu abang-abang tuk-tuk.
Ada seorang tu siap bagi diskaun dan bawa ke hotel murah di sekitar Sungai Mekong.
Pemandu tu bawa saya 'meninjau' dua hotel bajet berhampiran kawasan Sungai Mekong.
Saya kemudian membuat keputusan untuk menginap di hotel ketiga iaitu Nawin Guest House yang dia bawa.
Disebabkan bilik single dah habis, hotel tu bagi saya double room dengan harga rate single room iaitu USD20 satu malam.
Cukup murah.. hehehe..
Btw hotel bajet tu cukup dekat dengan istana, waterfront Sungai Mekong
dan pusat hiburan yang melambak, kedai makan dan lain2.

My tuk-tuk driver.
Drive crazy like mat rempit. Jalan bapak saya punya.
 Customer safety is no big deal.
Also offer packages to sight seeing places.

Istana Raja Kemboja.
Masa tu Mantan Raja Kemboja, Norodom Sihanouk mangkat.
Jadi ada upacara keagamaan di luar istana.

Jual bunga.

Suasana tebingan Sungai Mekong pada waktu malam.

Jalan-jalan ke pasar malam berhampiran.
Malangnya pasar itu tak buka pada hari biasa.

Salah satu kelab malam di situ.
macam-macam ada untuk tarik pelancong.

DAY 2 PHNOM PENH 

Hari kedua melawat Muzium Tuol Sleng Genocide. 
Tempat ini pasa asalnya adalah sebuah sekolah menengah
yang kemudiannya digunakan sebagai penjara dikenali sebagai Security Prison 21 (S-21)
oleh Rejim Khmer Rouge pada 1975 hingga 1979.
Naik tuk-tuk ke penjara itu yang terletak dalam 15 minit perjalanan dari hotel.

Bangunan sekolah yang bertukar kepada penjara.
Penjara ni terletak betul-betul dalam kawasan perumahan penduduk tempatan.
Malah ada rumah di sebelah sekolah tersebut.
Penjara ini digunakan sebagai pusat untuk menyoal siasat dan menyeksa mangsa.

Sebahagian kelengkapan dan peralatan dalam penjara
masih ditnggalkan untuk tatapan pengunjung.
Malah penjara berkenaan dibiarkan keadaan asalnya.. hurmm
kalau orang Sarawak cakap 'Ngutik'. Seram ok.
Sebab masa berjalan di salah satu tingkat,
saya seperti tercium bau darah sampai mual dan rasa macam diperhatikan.
Mungkin itu perasaan kot sebab masa tu tak ramai pengunjung.


Maklumat mengenai sejarah penjara S21 dan era Rejim Khmer Rouge.

Corridor.
 
Katil digunakan mangsa tahanan.



Dianggarkan lebih 17,000 orang dipenjarakan di S21.

For more detail about S21 ps click here

Baju tahanan yang mati akibat diseksa dan dibunuh.

Gambar seorang ibu dan anaknya yang menjadi mangsa Khmer Rouge.

Bilik tahanan di salah satu blok penjara berkenaan.

Seram.. lagi bilik kecil menempatkan mangsa tahanan.
Bilik ini sangat-sangat kecil. Macam tandas awam yang sempit.

Lukisan mengambarkan mangsa tahanan diseksa.

Satu almari penuh dengan tengkorak mangsa tahanan
yang meninggal dan dibunuh.

Selepas berada di penjara itu lebih sejam,
saya teruskan ke destinasi seterusnya iaitu Russian Market.
Disebabkan mahu jimat duit, saya berjalan kaki sejauh lebih 1 kilometer dari
Penjara S21 ke Russian Market dengan berpandukan peta.
Jimat duit sambil exercise.

Penjaja menjual sejenis kuih.
Nampak sedap tapi tak berani nak cuba.
Takut sakit perut.

Saya tak beli apa-apa di pasar berkenaan sebab tak da yang menarik.
Lagi pun sudah banyak berbelanja di Siem Reap.

Pottery.

Selepas makan tengah hari di KFC, saya berjalan kaki pulang ke hotel.
Perjalanan yang jauh... dalam 4.5 kilometer. Fuhhh...
Sebenarnya saya mahu berjalan kaki sebab dalam perjalanan
ada beberapa lagi tempat tarikan.
 Jadi bazir duit kalau nak naik tuk-tuk ke tempat yang dekat.
Tugu Peringatan Kemerdekaan Kemboja.
Kawasan ini siap ada kawasan untuk orang berjalan-jalan,
jogging dan aktiviti lain.
Macam taman... ada penjaja jual makanan.

Sotong kering dan babi panggang.

Bangunan yang cantik.


Last destinasi selepas lebih sejam berjalan.
Istana Raja. Rakyat duduk di luar istana untuk upacara.
Sami dan penduduk di luar perkarangan istana.

Upacara keagamaan.

Lepas tu, balik hotel untuk mandi dan rehat sekejap
dan keluar sambung jalan-jalan lagi di sekitar tebingan Sungai Mekong.

Kemboja ada Tutti Fruti!

First stop.. Pasar Malam.
Kira-kira 15 minit berjalan kaki dari hotel.

Seperti pasar malam lain, jual baju, kraftangan dan sebagainya.
Sini lebih mahal walaupun selepas tawar menawar.
Tidak digalakkan untuk membeli di sini.

Cetak rompak .

Sini medan selera. Tak da meja dan kerusi untuk makan.
Semua duduk lantai ala-ala kampung style.
Tapi saya tak singgah sebab segan seorang. Haha..

Cenderahati.

Dalam perjalanan pulang, terserempak dengan penjaja menjual makanan eksotik lagi.
Satay ular daun.
Entah apa rasanya. ewww..ewwwwwwwwww..
Minta izin penjaja untuk ambil gambar sahaja.

Kala jengking OK! Tak mati keracunan ke?

Katak kering.

Ni kelawar kot. Tak pasti.

Penjaja makanan eksotik. Wekkkkk...
Rakyat kemboja mempunyai perut yang lasak.
Orang kipas-susah-mati makanan eksotik amat digalakkan datang ke Kemboja.



Menamatkan perjalanan malam itu di sebuah restoran berhampiran hotel.
Cuba Kari Hijau Ayam yang amat superb.
Tidak terlalu pedas dan secukup rasa. Memang sedap.
Air pula Coca-Cola dan diakhiri dengan segelas koktail Margherita.
Makanan di situ tidaklah mahal, dalam berbelas-belas Dollar saja.

THIRD DAY PHNOM PENH

Hari ketiga dan hari terakhir di Phnom Penh.
Flight sebelah petang so pagi  itu melawat kawasan pembunuhan
mangsa Khmer Rouge atau dikenali sebagai
Choeung Ek Killing Fields.
Ke tempat ini kena naik tuk-tuk sebab terletak di kawasan luar bandar.
Jarak adalah lebih kurang 15 kilometer dari hotel.
My advice, please wear a mask or sun glass sebab berdebu teruk di sepanjang jalan.
Habis rambut dan kepala masih berpasir walaupun sudah mandi dan cuci rambut.
Pasir sampai masuk mulut.  
Kakitangan di pusat informasi Killing Fields bagi audio dan risalah 
untuk dengan mengenai kawasan itu.
Seperti S21, kawasan ini bukan besar mana.
Namun ia adalah tempat pembunuhan mangsa Khmer Rogue
beramai-ramai dan kubur mereka pun disitu juga.
Klik sini  untuk maklumat lanjut mengenai Choeung Ek Killing Fields.

Sila klik gambar untuk baca keterangan mengenai Killing Field.

Kubur yang menanam lebih 450 mayat.


Lagi kubur mangsa yang mati dibunuh.

Sudah lah dikelilingi kubur, tiba-tiba muncul dua kanak-kanak ini
minta duit. Alahai.... ingatkan hantu. 
Bikin suspen betul.

Tempat wanita dan kanak-kanak dibunuh dengan kejam.

Tempat ini paling sedih dan menyayat hati.
Pokok ini yang masih hidup sampai ke hari ini digunakan
sebagai tempat membunuh kanak-kanak dan bayi.

Tulang mangsa tahanan yang ditemui.

Satu lagi lokasi pembunuhan.


Menara ini meletakkan tengkorak sebagagian mangsa yang dikembumikan di situ.

Berani masuk?

Tengkorak.

My last destination sebelum balik hotel, clean up dan packing ke airport, Wat Phnom.
Kuil ini terletak di pusat bandar Phnom Penh, tak jauh dari hotel juga.

Wat Phnom.


Temple cat.

Dari luar kuil nampak biasa, tetapi di dalamnya sangat cantik!
Seluruh dinding dan siling kuil berkenaan dipenuhi dengan lukisan.

Masa itu dah berpeluh teramat dan kepala dipenuhi pasir.

Then it's time to go home!

Good Bye Cambodia.. i'll come back another time.

Ini saja cerita ringkas mengenai pengalaman melawat Phnom Penh.
Terima kasih melayan lebih 100 gambar mengenai trip ini.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti ke Myanmar

My top 10 favourite Sarawak dish

Italy day 6: Pompei Scavi

Pencinta Agar-agar kering