Posts

Showing posts from July, 2013

Cuti-cuti ke Myanmar

Image
Sudah terlalu lama saya tidak blog. 😱 Kali terakhir adalah dua tahun lalu dan ini menunjukkan bertapa malasnya saya. Hahaha.. Saya akan cuba sedaya ubaya merajinkan diri untuk update blog memandangkan saya sudah install Blogger Apps.  Jadi untuk entry pertama bagi tahun ini, saya nak kongsi pengalaman melancong ke Myanmar pada September tahun lalu. NOTE PENTING: Rakyat Malaysia yang mahu ke Myanmar perlu buat Visa. Myanmar menggunakan  mata wang Dollar Amerika Syarikat untuk urusan jual beli. DAN wang Dollar yang ditukar harus dalam keadaan CANTIK, seperti BARU, TIDAK DILIPAT, TIDAK KOYAK dan TIDAK DICONTENG kerana duit yang tidak 'cantik' tiada nilai. (Believe it or not. Tangan di bahu, mata pandang atas) Pendek kata tukar mata wang di bank walaupun rugi beberapa ringgit. ***** Tak pernah terlintas dalam fikiran untuk melancong ke Myanmar. Mungkin kerana  belum ada kawan yang melancong ke situ jadi tak tahu apa yang menarik di negara berkenaan.