Cuti-cuti ke Myanmar

Sudah terlalu lama saya tidak blog. 😱 Kali terakhir adalah dua tahun lalu dan ini menunjukkan bertapa malasnya saya. Hahaha..
Saya akan cuba sedaya ubaya merajinkan diri untuk update blog memandangkan saya sudah install Blogger Apps. 

Jadi untuk entry pertama bagi tahun ini, saya nak kongsi pengalaman melancong ke Myanmar pada September tahun lalu.

NOTE PENTING: Rakyat Malaysia yang mahu ke Myanmar perlu buat Visa.
Myanmar menggunakan  mata wang Dollar Amerika Syarikat untuk urusan jual beli.
DAN wang Dollar yang ditukar harus dalam keadaan CANTIK, seperti BARU, TIDAK DILIPAT, TIDAK KOYAK dan TIDAK DICONTENG kerana duit yang tidak 'cantik' tiada nilai.
(Believe it or not. Tangan di bahu, mata pandang atas)
Pendek kata tukar mata wang di bank walaupun rugi beberapa ringgit.

*****

Tak pernah terlintas dalam fikiran untuk melancong ke Myanmar. Mungkin kerana  belum ada kawan yang melancong ke situ jadi tak tahu apa yang menarik di negara berkenaan. 

Terima kasih kepada Air Asia kerana sudi menganjurkan lawatan ke Myanmar memberi peluang kepada saya untuk jejak kaki ke bumi Myanmar. 

Trip ini selama empat hari tiga malam. Saya dan rakan rombongan bertolak dari LCCT pada waktu petang dan tiba di Yangon pada malam. 


Selepas selesai urusan imigresen dan bagasi, kami dibawa tour guide ke sebuah restoran di Tasik Kandawgyi. 


Lupa dah nama restoran itu. Makanan orang Myanmar seperti orang Malaysia juga. Jadi tiada masalah nak telan makanan hehehe. 

Sambil makan kami dihiburkan dengan tarian tradisi masyarakat Myanmar. 

Sorry gambar blur sebab pakai hp. 
Selepas selesai makan, kami dibawa cek in di hotel berhampiran. 

Keesokkan harinya, kami cek out hotel dan terus ke lapangan terbang lagi untuk ke Bagan yang terletak di daerah Mandalay. 

Gambar atas adalah pemandangan Bagan ketika kapal terbang mahu mendarat. 

Bagan adalah bandar purba yang terkenal dengan pagodanya dan salah satu destinasi pelancongan Myanmar. 

Dianggarkan sebanyak 3,000 pagoda di sekitar Bagan yang berusia di antara 700 hingga 1,000 tahun. 

Destinasi pertama kami adalah ke sebuah pasar di Bagan. Saya pun tak ingat nama pasar itu sebab susah nak ingat. Huhu.. 


Macam pekan koboi

Suasana pasar harian. 

Cantik-cantik sayuran. 

Peniaga di Bagan masih menggunakan penimbang dacing untuk urusan jual beli. 

Comel budak ni. 

Katak anyone?

Saya tak pasti itu anak ayam, burung puyuh atau keruak.  

Barang harian. 

Bahagian cenderahati. 

Opsss... Budak-budak ini sebenarnya nak minta duit tapi kami tak layan sebab takut diserbu lebih ramai. 

Kakak-kakak ni dah serbu kami depan pintu bas. 

Ok, selepas selesai berjalan-jalan tengok hidup seharian masyarakat Bagan, kami ke destinasi kedua iaitu Pagoda Shwe Zi Gon.  

Kali pertama masuk pagoda. 

Buddha...

Warna emas...

Sami kecil menunggu penduduk setempat sumbang makanan.


********
Seterusnya kami dibawa ke sebuah lagi pagoda. Memang trip ini banyak melawat pagoda. Setiap pagoda unik kerana mempunyai cerita tersendiri. 

Ukiran pagoda ini cantik kan?

Pelukis ini menjual hasil karyanya. 

Menenun cara tradisional. 

Berdoa...


Kraftangan. 

Selepas itu kami dibawa ke kilang Lacquerware. Lacquerware adalah kraftangan masyarakat Myanmar yang dihasilkan dalam pelbagai bentuk merangkumi bekas menyimpan barang perhiasan hingga ke pinggan mangkuk dan cawan.  Lacquer adalah getah dari sejenis pokok yang didapati di negara itu. 

Pekerja membuat ukiran. 

Kilang lacquerware. 

Proses menghasilkan produk lacquerware. 

Kraftangan Lacquerware masyarakat Myanmar juga dalam pelbagai ukiran dan warna. 

Cawan yang sudah siap. 

Ini pula Lacquerware yang bersalut emas. Cantik kan? Saya juga ada beli satu di kedai cenderahati tapi tak tahu kalau ia emas tulen atau cat. 

Lacquerware yang sudah siap. 

Seterusnya.... Pagoda lagi. Saya pun tak ingat nama pagoda ini sebab sebutan susah.



Antara semua pagoda, yang ini kegemaran saya sebab dapat menikmati matahari terbenam dari atas. 

Pagoda Shwe Sandaw. 

Dari atas pagoda ini boleh melihat keseluruhan kawasan Bagan serta sebahagian 3,000 pagoda di sekitarnya. 

Pagoda ini mula sesak dengan pengunjung pada waktu petang. 

Pemandangan dari atas Shwe Sandaw. 

Tunggu matahari terbenam. 


Selesai melihat matahari terbenam, kami ke restoran yang terletak di tepi Sungai Irrawaddy untuk makan malam. Gambar tiada sebab hanya fikir nak makan. Hehehe

Teruskan kepada aktiviti hari ketiga...
Kami hanya tinggal di Bagan dua hari. Jadi aktiviti hari ini diteruskan dengan bersiar-siar di Sungai Irrawaddy, melawat tempat menjual batu permata dan pagoda lagi. 

Singgah di tepi jalan untuk ambil gambar lagi. 

Budak yang cuba jual lukisannya dengan harga USD1. 

Saya pun tak ingat nama pagoda ini. 

Sungai Irrawaddy. Sama seperti sungai-sungai besar di Malaysia cuma luas lagi. 

Tak banyak gambar saya ambil sebab kami tak jalan jauh. 

Destinasi seterusnya.. Melawat kampung penduduk setempat untuk mengenali budaya hidup masyarakat Myanmar. 

Gadis Bagan. 

Nahhh... Inilah tanaka yang sekarang tengah femes di Malaysia.
Di Myanmar tanaka ini disapu di muka sebagai Sun Block dan untuk kecantikan kulit. 

Orang Myanmar tak hisap rokok, mereka ada cerut. 😭

Bagan boy. 

Nenek membuat cerut. 

Next... Ke pagoda lagi. 

Suasana dalam pagoda. 


Little Edward Cullen and the geng.



Selepas selesai lawatan, kami ke lapangan terbang untuk berlepas ke Yangon. 

Gambar bawah adalah lokasi lawatan hari terakhir sebelum balik ke Kuala Lumpur. 

Rangoon Memorial, Taukkyan War Cemetry. 

Kami berpeluang melawat monastry sami  untuk melihat kehidupan seharian mereka. 

Masa untuk makan tengah hari. 

Last location. Melawat kilang cerut. 
Murah sahaja cerut di sana, bukan seperti cerut yang kelassss dan branded itew..


Pekerja dibayar mengikut jumlah cerut yang dihasilkan sehari. 

Proses membuat cerut. 


Okeh.. Itu sahaja saya nak kongsi dengan semua. Melawat Myanmar adalah Satu pengalaman yang baik dan menyeronokan untuk saya. 
Maaf gambar banyak di pagoda sahaja sebab itinerary semua melawat pagoda. Hehehe

Untuk entry akan datang, saya nak kongsi pulak pengalaman ke Kemboja. 😆 Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.

XOXO 💋

Comments

  1. Boleh share ke info guide yang digunakan di sana dengan kos...secara roughly sahaja...TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, sorry banyak2 sebab baru buka blog ni. saya pergi atas tajaan air asia jadi semuanya dibiayai mereka.

      Delete
  2. As salam. U ke Sana all places tu gunaa pakej ke? Brp ek. Leh BG contact no agent tu? Driver. Tq

    ReplyDelete
  3. hi, sorry banyak2 sebab baru buka blog ni. saya pergi atas tajaan air asia jadi semuanya dibiayai mereka.
    saya terlupa ambil num driver tu tapi air asia guna ejen pelancongan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My top 10 favourite Sarawak dish

Italy day 6: Pompei Scavi

Pencinta Agar-agar kering