Express Trip ke Yogyakarta


Dah lama tak update blog sebab sibuk dengan kerja baru.
Hari ini nak cerita mengenai express trip ke Yogjakarta selama dua hari satu malam pada 26 hingga 27 Oktober lalu.
Sepatutnya nak kongsi pengalaman melancong ke Korea Selatan tetapi
boleh tunggu lagi sebab perlu entri bersiri-siri kerana pergi banyak kawasan.
Mesti korang wonder kenapa hanya dua hari sahaja? Adakah berbaloi?
Sebenarnya saya bersama rakan pernah merancang trip ke Yogyakarta pada hujung April lalu
namun disebabkan pilihan raya umum, terpaksalah kami 'burn' tiket flight yang sudah dibeli.
Baru-baru ini Air Asia buat promosi lagi dan kebetulan tiket dari Kuala Lumpur ke Yogyakarta
cuma RM200++ jadi tanpa fikir panjang terus beli.
Lagi pun awal bulan lepas sudah meminta cuti tahunan selama tujuh hari
jadi terpaksa pergi pada cuti hujung minggu.
Misi cuma satu saja iaitu melawat Borbodur dan kalau cukup masa ke Prambanan juga.
Ok kita skip saja cerita cek in kat LCCT bagai dan terus mengenai Yogyakarta.

Tiba di lapangan terbang Adisutijpto, Yogyakarta sekitar jam 12.30 tengah hari.
Warning: Lapangan terbang Yogyakarta teramat kecil dan
jangan terkejut kalau berbaris di imigresen sampai ke runaway.
Selepas selesai imigresen, saya dan rakan disambut Encik Supir.
Encik Supir bagi tahu disebabkan kesuntukan masa, kami hanya boleh pilih satu lokasi saja,
iaitu di antara Borobudur atau Prambanan.
Of cos kami pilih Borobudur dan kami dimaklumkan perjalanan ke candi Budha terbesar abad ke-9 itu mengambil masa kira-kira sejam lebih dari ibu kota.
Manakala dari lapangan terbang ke Prambanan selama 15 minit.
 

Tiba di Borobudur selepas terpaksa meredah kesesakan lalu lintas
yang meletihkan jiwa dan mental.
Ya di Indonesia semua pemandu membawa kenderaan dengan amat dahshat dan laju.
Bayaran masuk candi Borobudur sebanyak IDR190,000.
Tak ingat berapa dalam Ringgit. Sila google-kan.
Gambar atas dan bawah adalah deretan kedai menjual baju dan cenderahati.
Kami tak beli sebab malas nak tawar menawar lagi pun hati dah terkobar-kobar
nak sampai ke candi.
 

Untuk sampai ke Brobudur kena jalan kaki sikit merentasi
taman yang cantik selama lebih 10 minit.
Cuaca pada hari itu panas dan kejap mendung.
Angin pun tiada, mandi peluh la kami di situ.

Akhirnya sampai di kaki bukit Borobudur.
Seperti tak percaya akhirnya dapat sampai ke sini juga.
Haha.. sakai mode sekejap.
 
Pemandangan taman di sekitar candi berkenaan.
 
Apa lagi, saya dan rakan terus keluarkan kamera dan masing-masing sibuk
cam whore dan ambil gambar sekeliling.
 
Patung singa yang dikatakan sebagai penjaga pintu masuk candi Brobudur.
 
Tangga naik ke atas candi cerun.
 
Menarik, candi ini bukan sahaja penuh dengan ukuran tetapi
mempunyai sebanyak 504 patung Buddha.
 

 
Pemandangan persekitaran yang sangat indah dari atas Borobudur.
 
Ada sebahagian patung Buddha tidak berkepala..
mungkin disebabkan bencana alam seperti letusan gunung berapi dan gempa bumi.
 
Stupa di bahagian atas candi berkenaan.
 
Ramai pengunjung yang datang melawat candi berkenaan juga terdiri daripada
rakyat Indonesia sendiri.
Siapa tidak mahu menyaksikan keajaiban seven wonder of the world itu.
 
Terdapat patung Buddha dalam setiap stupa ini.
 
Patung Buddha dalam stupa.
 
Lagi pemandangan cantik di atas sini.
 
Cuba cari gunung Merapi di mana.
Ada tersembunyi di celah-celah awan.
Cuma hari itu cuaca kurang elok jadi gunung itu kurang jelas kelihatan.
 
Lagi pemandangan stupa dan persekitaran di ambil di bahagian lain candi.
 
Selepas lebih sejam melepak di Borobudur,
tiba masa untuk balik sebab closing time.
Kalau tak silap waktu tutup adalah 5.30 petang.
 
gambar dari sudut bawah.
 
Pintu masuk di laluan belakang.
 
Kami tunggu sehingga semua pengunjung pulang untuk mengambil shot ini.
Perlu diingatkan pengunjung dikehendaki keluar mengikut laluan lain.
Di laluan inilah penjual baju dan cenderahati akan
menyerbu pengunjung untuk mempromosi barang mereka.
Pening dan menakutkan apabila tiba-tiba diserbu smpai 5, 6 orang penjual.
Terus berjalan dan buat muka blur, bukan tak mau layan sebab kami pun datang
dengan bajet yang terhad.
 
Kalau takut dengan penjual yang menunggu di pintu keluar,
boleh singgah melihat barang-barang penjual di tepi jalan.
 

Senjata pun ada jual. Mana satu pilihan anda? Samurai? Keris?
 
Terdengar suara seorang penjual menjerit 7 helai baju untuk IDR100,000
tapi kami tak singgah beli sebab mahu mengunjung Jalan Malioboro.
Dalam perjalanan keluar ke tempat parkir kenderaan, kami melalui beberapa gerai makanan.
Terus masuk apabila ternampak peniaga menjual Mee Sedap dan Teh Botol.
 
Lawat Indonesia jangan lupa cuba Teh Botol dan Mee Sedap.
Mee segera itu memang beza rasanya dari yang ada di Malaysia.
 
Slurpppppp...
Dalam perjalanan pulang, kami meminta Encik Supir bawa kami ke tempat makan istimewa.
Dia pun suggest kami ke restoran Jejamuran yang terletak di Niron, Pandowoharjo, Sleman.
Specialty restoran ini adalah ia hanya menyedakan hidangan cendawan pelbagai sepsis.
 
Cendawan yang ditanam di restoran berkenaan.
Ada di antara sepsis cendawan ini boleh didapati di pasaraya Malaysia.
 

 
Dari luar restoran ini mungkin kelihatan seperti tempat makan yang mahal.
Namun kalau ditukarkan kepada duit Ringgit tidaklah mahal sangat dan lebih kurang
seperti harga makanan di restoran sekitar Kuala Lumpur.

Tak ingat nama masakan ini tapi sangat sedap.
Restoran ini tidak meghidangkan masakan lain dan hanya cendawan sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai restoran ini boleh klik sini.
 

  Jamur satay.
 
Cendawan Butang goreng.

***
Malam itu kami jalan-jalan di sekitar Malioboro.
Maaf tak sempat ambil gambar sebab kawasan itu sangat panas kerana
sesak dengan pengunjung selain kerap didatangi pemandu beca dan kuda.
Kami mencari tempat makan yang lebih selesa dan memilih untuk makan di food court
pusat beli belah berhampiran.
Tak ingat nama pusat beli-belah itu.
 
Makan mee soto.
Dan juga KFC.
Kecil gila ayam KFC, kecik macam anak ayam.
Ok laa sekadar nak cuba kan.
Lagi pun saya jenis perut sensitive, nak cuba makanan di gerai
pun kena kaji tahap kebersihan dulu, takut kena keracunan makanan.
 
Bawah ni persekitaran luar hotel kami.
Tinggal di Hotel 1001 Malam yang terletak di Jalan Sosrowijayan Wetan.
Hotel ini amat dekat dengan Malioboro, muzium dan stesen keretapi.
Hotel ini cukup selesa dan murah juga.
Lengkap dengan Wifi, TV, basic toiletries dan towel.
Klik sini untuk Hotel 1001 malam.

 
Macam duduk dalam taman, tenang...

Jalan Sosrowijayan Wetan sebenarnya bukan jalan tapi lorong kecil
dalam kawasan perumahan penduduk.
 
Masjid di lorong berkenaan.
Kawasan sini bersih dan banyak lagi hotel murah di sepanjang lorong berkenaan.
 

Sementara menunggu tren lalu untuk ke seberang jalan.
 
Ok sebelum meninggalkan Yogyakarta
jangan lupa bawa pulang ole-ole
antara yang wajib beli adalah manisan buatan orang Yogyakarta.
Manisan boleh beli kat Jalan Malioboro atau airport.
 
 
Ni Yangko, manisan buatan dari tepung beras.

Yangko.
 
Lembut dan tak terlalu manis. Just nice.
Harga sekotak adalah IDR15,000.
 
Bakpia! Ini penting sebab antara manisan terkenal.
Bakpia ini macam manisan masyarakat Cina di Malaysia.
Halal laa sebab buat daripada gandum dan berinti pelbagai perisa.
Ada cheese, chocolate, kacang hijau, durian, strawberry dan coklat.
Saya beli yang beraneka perisa. Tak payah beli banyak kotak kan.
Dua kotak cukup lagipun boleh simpan lama.
 
Sebelum beli jangan lupa semak tarikh luput.
 
Sedap kan?
Cari gerai yang ada jual Bakpia yang masih panas kalau nak
yang fresh from the oven.

Sekian itu sahaja cerita ringkas mengenai trip ke Yogyakarta.
Masih ada trip Jakarta, Bali dan Korea belum tulis lagi.
Tunggu ada masa lapang lagi.
Thanks for reading. :)

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti ke Myanmar

My top 10 favourite Sarawak dish

Italy day 6: Pompei Scavi

Pencinta Agar-agar kering