Italy Day 2: Menara Condong Pisa


Hari ni nak sambung cerita kat Italy sebab kerja dah siap.
So entri kali ni nak kongsi cerita melawat Menara Condong Pisa atau La Torre de Pisa dalam bahasa Itali di daerah Tuscany.
Hari kedua di Italy saya dan kawan naik tren dari Rome ke Florence.
Kami bertolak dari Roma Termini ke Stesen Firenze Santa Maria Novella pada jam 9.20 pagi.
Perjalanan ke Florence selama satu jam 30 minit. 
Sampai stesen Florence kami cepat-cepat cek in hotel. 
Nasib hotel taklah jauh sangat dan owner pun bagi kami cek in awal walaupun sepatutnya cek in jam 2 petang.
Sepatutnya pada hari tu plan berjalan-jalan melawat tempat menarik di Florence dan Pisa pusa keesokan hari.
Tetapi kami tukar plan dan terus pergi Pisa lepas letak luggage. Tak sabar katanya...
Nak ke Pisa tak perlu beli tiket tren advance.
Tiket tren boleh beli kat mesin tiket dan setiap jam ada tren ke situ.
Harga tiket sebanyak 8 Euro sehala. Naik tren Trenitalia dari stesen Firenze SM Novella turun kat stesen Pisa Centrale.



Gambar atas salah satu stesen tren kecil semasa dalam perjalanan ke Pisa.
Perjalanan ke Pisa dekat sejam. 
Dah sampai stesen Pisa Central kena naik bas selama 10 minit ke Menara Condong Pisa.


Ni Stesen Pisa Central.
Beli tiket bas kat gerai jual magazine dan buku. Harga tike bas 1.4 Euro sehala.
Nak naik bas kena tunggu kat seberang jalan Pisa Central dan naik bas Lam Rossa.
Then turun kat perhentian Piazza dei Miracoli. 
Pengangkutan awam di Italy sangat efisyen dan on time.
Kalau naik bas jangan risau sebab ada skrin yang menunjukkan perhentian seterusnya.


Kat luar Piazza dei Miracoli ada banyak gerai jual souvenior dan makanan.
Kat sini fridge magnet dan baju-baju sangat murah.
Souvenior kat Rome mahal jadi banyak borong fridge magnet kat sini.
Kalau nak lagi murah boleh beli kat kedai Pakistan/Nepal.
Kat situ banyak gerai diaorg operate. Siap boleh tawar menawar.
Fridge magnet boleh dapat 5 untuk 10 Euro dan baju 7 Euro sudah cukup murah.


Pasta dalam pelbagai bentuk dan warna.


Oh ya sini ramai Awang Hitam yang mencari rezeki juga.
Kami mengelak bertembung dari diaorg sebab takut berlaku apa-apa.


The Baptistery 


Sarang burung merpati


Inside the wall of Piazza dei Miracoli. 


Kawasan Piazza dei Miracoli ni kecik je. 
So kalau pegi sini sebaiknya lebih awal boleh lepak lama-lama dan lawat tempat lain kat situ.


The Duomo Cathedral
Tak masuk dalam gereja sebab teruja sangat nak ambik gambar kat Pisa.



Ok kami tak masuk ke dalam menara sebab rasa kat luar pun cukup.
Lagipun nak jimat duit. Jadi kami lepak kat padang menikmati pemandangan dan ambik gambar. Feeling-feling orang putih piknik gitu. 


Panas juga cuaca. Jadi kalau nak lawat Italy pada bulan Oktober tak perlu bawa pakaian tebal sangat sebab panas!


Close up


Masa ni waktu sudah senja tetapi masih ramai pengunjung 


Nak buat aksi sepak menara laa konon


Ada kedai kat sekitar menara condong. Kami tak singgah sebab kesuntukkan masa sudah.


The Duomo dan Baptistery 


Last Pic of the leaning tower.
Puas ambik gambar dengan pelbagai aksi lucu. Siap berebut tempat dengan tourist lain sebab nak ambik best shot.
Jam dah 6.30 petang, kami terus keluar tunggu bas ke stesen Pisa Central.
Tetapi sebab tiada gerai yang jual tiket bas dan kedai jual tobacco dan tutup, kami beli tiket kat dalam bas.
Tapi harga mahal sikit, kalau tak silap 4 Euro.
Next entry nak kongsi kisah di Venice pula.
Rome saya tinggal kemudian sebab banyak melawat attractions.
Serabut otak nak fikir hehehe.

Maklumat ke Menara Condong Pisa: 

Website mengenai Leaning Tower Pisa --->; here 

Bayaran tiket masuk ke Pisa --->; here

Tiket tren dari Stesen Firenze SM Novella ke Pisa Central: 8 Euro sehala

Boleh beli kat mesin tiket or advance kat website Trenitalia, www.trenitalia.com

Tiket bas dari Pisa Central ke Piazza dei Miracoli: 1.4 Euro sehala

That's all folks




Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti ke Myanmar

My top 10 favourite Sarawak dish

Italy day 6: Pompei Scavi

Pencinta Agar-agar kering