Express Trip ke Yogyakarta
Dah lama tak update blog sebab sibuk dengan kerja baru. Hari ini nak cerita mengenai express trip ke Yogjakarta selama dua hari satu malam pada 26 hingga 27 Oktober lalu. Sepatutnya nak kongsi pengalaman melancong ke Korea Selatan tetapi boleh tunggu lagi sebab perlu entri bersiri-siri kerana pergi banyak kawasan. Mesti korang wonder kenapa hanya dua hari sahaja? Adakah berbaloi? Sebenarnya saya bersama rakan pernah merancang trip ke Yogyakarta pada hujung April lalu namun disebabkan pilihan raya umum, terpaksalah kami 'burn' tiket flight yang sudah dibeli. Baru-baru ini Air Asia buat promosi lagi dan kebetulan tiket dari Kuala Lumpur ke Yogyakarta cuma RM200++ jadi tanpa fikir panjang terus beli. Lagi pun awal bulan lepas sudah meminta cuti tahunan selama tujuh hari jadi terpaksa pergi pada cuti hujung minggu. Misi cuma satu saja iaitu melawat Borbodur dan kalau cukup masa ke Prambanan juga. Ok kita skip saja cerita cek in kat LCCT bagai dan te...