My top 10 favourite Sarawak dish
Hari ini nak kongsi mengenai makanan Sarawak kegemaraan saya. Berjauhan dengan kampung halaman dan ahli keluarga membuatkan saya sentiasa rindu dan mengidam masakan Sarawak. Bagi sesiapa yang mahu lawat Sarawak, pasti jangan terlepas mencuba makanan yang disenaraikan di bawah. Ps: Gambar di bawah diambil dari laman web bloggers lain sebagai rujukan. 1) Laksa Sarawak Makanan ini adalah wajib bagi sesiapa yang kunjung ke Sarawak. Tapi bukan semua restoran dan gerai menyediakan laksa yang sedap. Ada yang terlebih santan, ada yang kurang santan atau tawar.. Jadi kena tahu tempat mana yang sedap. Kalau Kuching, saya suka laksa di Open Air Market Kuching. Madam Tang's di Jalan Petanak dan The Spring Shopping Mall. Untuk resipi masak Laksa Sarawak klik sini 2) Tomato Kueh Tiaw Ok ni yang paling fevret. Memang sentiasa dalam ingatan saya 24-7. Kalau lapar terus teringin nak makan ni. Macam orang mengandung pula. Masakan ini hanya ada