My top 10 favourite Sarawak dish
Hari ini nak kongsi mengenai makanan Sarawak kegemaraan saya.
Berjauhan dengan kampung halaman dan ahli keluarga membuatkan
saya sentiasa rindu dan mengidam masakan Sarawak.
Bagi sesiapa yang mahu lawat Sarawak, pasti jangan terlepas
mencuba makanan yang disenaraikan di bawah.
Ps: Gambar di bawah diambil dari laman web bloggers lain sebagai rujukan.
1) Laksa Sarawak
Makanan ini adalah wajib bagi sesiapa yang kunjung ke Sarawak.
Tapi bukan semua restoran dan gerai menyediakan laksa yang sedap.
Ada yang terlebih santan, ada yang kurang santan atau tawar..
Jadi kena tahu tempat mana yang sedap.
Kalau Kuching, saya suka laksa di Open Air Market Kuching.
Madam Tang's di Jalan Petanak dan The Spring Shopping Mall.
Untuk resipi masak Laksa Sarawak klik sini
2) Tomato Kueh Tiaw
Ok ni yang paling fevret.
Memang sentiasa dalam ingatan saya 24-7.
Kalau lapar terus teringin nak makan ni.
Macam orang mengandung pula. Masakan ini hanya ada di Sarawak.
Kalau ada sesiapa tahu kat mana di KL jual Tomato Kueh Tiaw tolong bagi tahu.
Mengidam ni! Haha..
Saya suka Tomato Kueh Tiaw di Spoon Cafe, Jalan Simpang Tiga, Kuching.
Nak tau cara memasak Tomato Kueh Tiaw yang lazat tahap meleleh air liur ni
boleh rujuk blog Kelly Siew Cooks di sini.
Nak tau cara memasak Tomato Kueh Tiaw yang lazat tahap meleleh air liur ni
boleh rujuk blog Kelly Siew Cooks di sini.
3) Crispy Mee Tomato
Adik beradik dengan Tomato Kueh Tiaw.
Kuah sama, mee saja lain.
Mesti cuba kalau datang Sarawak.
Untuk resipi Tomato Kueh Tiaw dan Crispy Mee Tomato klik sini
4) Tempoyak
Kalau bukan Tomato Kueh Tiaw, tempoyak yang dingidamkan.
Cara masakan tempoyak masyarakat Sarawak berlainan dengan negeri lain.
Sebenarnya terpulang dengan cita rasa individu itu sendiri untuk menyediakan makanan tradisi ni.
Nak masam, manis, pedas, kosong pun boleh.
Saya suka tempoyak digoreng dengan bawang merah, ikan bilis, halia dan sedikit cili.
Kalau rumah kehabisan stok, saya akan kunjung restoran The Dyak di Jalan Simpang 3.
The Dyak menyediakan makanan tradisi masyarakat Dayak.
Klik sini untuk infor lanjut mengenai The Dyak.
5) Sugar Bun
Restoran kegemaraan saya. Sentiasa dalam ingatan.
Paling fevret adalah nasi ayam Sugar Bun seperti dalam gambar di atas.
Ayam dan jeruk timun Sugar Bun memang berlainan dari
fast food lain. Mesti cuba tau!
Set Value Meal Sugar Bun. Murah dan sedap. slurpppppp...
6) Midin
Sejenis paku pakis yang boleh ditemui dalam hutan.
Sayur ini boleh masak garing atau belacan.
Tak semua restoran ada menyediakan hidangan ini dan selalunya restoran seafood ada.
Jangan tak cuba!
7) Dabai
Buah ini hanya boleh ditemui pada musim tertentu dan dijual di pasar tamu sahaja,
Rasanya? Mestilah sedap.Boleh dimakan dengan bubuh kicap atau garam.
Buah ini hanya boleh ditemui pada musim tertentu dan dijual di pasar tamu sahaja,
Rasanya? Mestilah sedap.Boleh dimakan dengan bubuh kicap atau garam.
8) ABC
Sarawak memang terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang tiada di negeri lain.
Selain makanan, banyak jenis minuman sedap yang dicipta oleh orang tempatan.
Tempat jual ABC paling popular dan sangat direkomen orang Kuching adalah Swee Kang.
Sebelum ini Swee Kang cuma buka gerai di Open Air Market Kuching.
Selepas itu pemiliknya membuka kedai di Jalan Haji Taha.
Selain ABC, Swee Kang juga jual cendol dan minuman lain.
ABC di Swee Kang memang luar biasa dan a must try bagi sesiapa yang mengunjungi Kuching.
Untuk maklumat lanjut mengenai Swee Kang boleh layari sini
Jangan lupa cuba Teh C-Peng Layer dan White Lady.

9) Pizza Ria
Restoran yang menyediakan hidangan ala western dan piza.
Yang atas ni pancake sosej, minced beef dengan cheese dan egg.
Pizza Ria ada di Kubah Ria, Jalan Matang.
Harga berpatutan dan masakannya pasti tidak mengecewakan.
Sedap tau. Tak sabar pulang Kuching nih.
Visit page ini untuk infor lanjut mengenai Pizza Ria.
10) Kek Lapis Sarawak
Last but not least..Kek Lapis Sarawak juga dalam senarai must eat bila balik Kuching nanti.
Favret saya ialah Peppermint, Sisik Ikan dan Lumut.
Kek Lapis mudah didapati di sepanjang Main Baazar Kuching dan juga kampung seberang di Waterfront.
Ada banyak pilihan kedai dan saya syorkan agar beli di
bakeri kek lapis sahaja kalau nak yang fresh from the oven.
Whats your favorite Sarawak dish?

Laksa Sarawak Sedap, Nasi Goreng Dabai ada cuba tak?
ReplyDeleteNasi dabai sedap tapi saya prefer buah tu sendiri. cicah dengan kicap n makan dengan nasi. nyumss
DeleteThank for linking to my blog. Please credit the second picture of Tomato Kueh Tiaw too. You can get Tomato Kueh Tiaw in 7th Mile Kitchen, PJ and a few other places that sells Sarawak food.
ReplyDeleteDone! I havent tried 7th Mile but i'll make sure to drop by when i go back to Kuching. :)
ReplyDelete