Pencinta Agar-agar kering

Hari ini nak story pasal agar-agar kering pulak.
Agar-ager kering memang favret saya sejak makanan ini diperkenalkan seorang rakan tahun lalu.
Memang payah nak cari agar-agar kering nih.
Semasa melancong di Pulau Pinang beberapa Jun lalu habis semua kedai dicari agar-agar kering nih.
Tak puas hati siap call kawan di Kedah minta kirim sekilogram tapi dia cakap tempat dia pun tiada juga.
Rasa mengidam selama beberapa bulan terus hilang lepas ofismate bawa satu balang kecik agar-agar kering hasil buatan mak dia Ahad lalu.
Walaupun sedikit tapi bersyukur..huhu..

Yang tak pernah tengok agar-agar kering nih la dia...

 Sedap sehingga menjilat jari!


Manisan ini pada asalnya adalah agar-agar biasa yang dijemur sehingga kering dan timbul gula halus di permukaannya.
Macam orang kampung jemur ikan masin gitew..

Untuk mereka yang ingin cuba buat agar-agar kering boleh ikut resipi di bawah.
Credits to Azie Kitchen.

Bahan-bahan:
 60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)

Cara-cara:
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 

Isikan periuk dengan air dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur. 

Masukkan gula batu dan gula pasir. Kacau rata sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

Sejuk dan dan biarkan agar-agar keras sebelum potong ikut saiz diingini.
 Selain itu, anda boleh guna acuan sekiranya mahu bentuk menarik.

Jemur di tempat yang panas sehingga ia benar-benar kering. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cuti-cuti ke Myanmar

My top 10 favourite Sarawak dish

Italy day 6: Pompei Scavi