Italy day 6: Pompei Scavi


Akhirnya ada masa juga untuk update blog.
Hampir setahun tak update sebab busy dan malas. 
Syukur rezeki tidak terputus, sepanjang 2014 
saya berpeluang melawat beberapa negara.
Kali ini saya nak kongsi pengalaman menjelajah Itali 
selama tujuh hari dari 4 - 13 Oktober lalu.
Tapi, hari ni nak cerita dulu mengenai pengalaman 
melawat kota purba Pompei yang terletak di Naples.
Mengikut itinerary trip di Italy, 
lawatan ke kota purba ini pada hari kedua terakhir di Italy.
Nak melawat Pompei perlu masa sehari kerana 
kena naik dua kali keretapi. 
Jadi pada hari keenam di Italy, saya bersama kawan naik 
High Speed Train @ Trenitalia ke Pompei.
Kami bertolak dari Roma Termini, Rome ke stesen Napoli Centrale 
pada jam 10.10 pagi dan perjalanan 
mengambil masa satu jam 30 minit untuk sampai.



Selepas tu, kami kena naik komuter di stesen Circumvesuviana
ke Pompeii Scavi-Villa dei Misteri.
Gambar di atas adalah rupa komuter di sana. 
Rupa tren dan suasana stesen sangat menakutkan.
Tahap vandelisme di sana memang tinggi. 
Tren dan segala dinding kosong penuh dengan grafiti.
Macam tengok cerita seram/downtown Hollywood pulak. 
Perjalanan dari Napoli Centrale ke Pompei pula
mengambil masa lebih 30 minit. 
Sempat juga kami tersesat naik tren. Confident naik tren ke laluan Sorano.
Rupanya kena naik tren ke laluan Sorrento.


Akhirnya sampai ke kota purba Pompei.
Jalan kaki beberapa meter saja dari stesen tren.
Kota purba Roman ini musnah ditelan lahar selepas Gunung Vesuvius pada abad 79 AD.
Ni rupa pintu utama kota Pompei. 


Sebenarnya kota ini kecil sahaja. 
Kami mengambil masa lebih 2 jam untuk mengelilingi kota ini.
Dalam entri ini saya kongsi banyak gambar suasana di Pompei.
Oh ya, bayaran masuk ke Pompei sebanyak 11 Euro.
Kalau beli kat website, mahal sikit sebab ada servis caj. 
Tapi sebab nak elak berbaris panjang, jadi beli tiket kat online. 



Kat entrance, pekerja kaunter akan bagi peta.
Kalau tak silap ni kawasan Forum. 
Hanya tiang yang tinggal. 





Ni pula Forum Granary, tempat menyimpan bijirin dan beras.



Yang patung merupai manusia sebenarnya adalah 
mayat manusia yang bertukar menjadi batu akibat 
terkena lahar gunung berapi.


Sempat lagi pengunjung nak lontar syiling untuk buat hajat.



Gunung berapi Vesuvius facing kota purba Pompei.


Salah satu laluan di kota Pompei.


Masih banyak bangunan yang berdiri teguh.




Mosaic of a dog





The Grand Theatre


Tempat ini dipanggil Thermopolium. 
Suatu ketika dulu ia kedai yang menjual makanan. 



Mangsa gunung berapi di Garden of the Fugitives. 
Ada beberapa mangsa adalah kanak-kanak dan juga dewasa.



Laluan ke Amphitheatre 


The Amphitheatre of Pompeii 


Dalam the Amphitheatre


Selesai pusing-pusing hampir seluruh kota Pompei,
kami keluar ikut pintu yang lain.
Ni suasana di luar kota Pompei.
Persekitaran yang sungguh cantik. 


Walaupun dah masuk musim luruh tapi di situ panas!
Mungkin sebab dekat dengan laut.
Kami terus ke stesen tren sebab takut tertinggal tren balik ke Rome.
Kat luar Pompei ada gerai kecil jual souvenior dan makanan.
Kalau berkunjung ke situ jangan lupa rasa jus oren lemon segar diaorg.
Memang sedap dan rasa penat terus hilang lepas minum. Fuhh..



Ni stesen Pompei Scavi.
Kecil sahaja.


Tren diaorg pun tak terlepas dari kena conteng.
Memang kreatif la diaorg nih.
Tu sahaja cerita di Pompei.
Lepas ni nak kongsi pengalaman melawat Pisa di Florence.
Harap-harap semangat nak menulis tu masih ada.
Sebab kebelakangan ni memang malas dan penat bekerja.

Info Ke Pompei

Website beli tiket tren pergi balik Rome Termini - Napoli Centrale
www.trenitalia.com

Maklumat mengenai Pompei dan pembelian tiket masuk
 www.pompeiisites.org

Tiket dari stesen Napoli Centrale ke Pompeii Scavi
boleh beli terus kat kaunter. Tak perlu advance booking online.
Harga tiket tak ingat tapi beberapa Euro sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Cuti-cuti ke Myanmar

My top 10 favourite Sarawak dish

Pencinta Agar-agar kering