Posts

Showing posts from October, 2014

Italy Day 2: Menara Condong Pisa

Image
Hari ni nak sambung cerita kat Italy sebab kerja dah siap. So entri kali ni nak kongsi cerita melawat Menara Condong Pisa atau La Torre de Pisa dalam bahasa Itali di daerah Tuscany. Hari kedua di Italy saya dan kawan naik tren dari Rome ke Florence. Kami bertolak dari Roma Termini ke Stesen Firenze Santa Maria Novella pada jam 9.20 pagi. Perjalanan ke Florence selama satu jam 30 minit.  Sampai stesen Florence kami cepat-cepat cek in hotel.  Nasib hotel taklah jauh sangat dan owner pun bagi kami cek in awal walaupun sepatutnya cek in jam 2 petang. Sepatutnya pada hari tu plan berjalan-jalan melawat tempat menarik di Florence dan Pisa pusa keesokan hari. Tetapi kami tukar plan dan terus pergi Pisa lepas letak luggage. Tak sabar katanya... Nak ke Pisa tak perlu beli tiket tren advance. Tiket tren boleh beli kat mesin tiket dan setiap jam ada tren ke situ. Harga tiket sebanyak 8 Euro sehala. Naik tren Trenitalia dari stesen Firenze SM Novella turun kat stesen Pisa

Italy day 6: Pompei Scavi

Image
Akhirnya ada masa juga untuk update blog. Hampir setahun tak update sebab busy dan malas.  Syukur rezeki tidak terputus, sepanjang 2014  saya berpeluang melawat beberapa negara. Kali ini saya nak kongsi pengalaman menjelajah Itali  selama tujuh hari dari 4 - 13 Oktober lalu. Tapi, hari ni nak cerita dulu mengenai pengalaman  melawat kota purba Pompei yang terletak di Naples. Mengikut itinerary trip di Italy,  lawatan ke kota purba ini pada hari kedua terakhir di Italy. Nak melawat Pompei perlu masa sehari kerana  kena naik dua kali keretapi.  Jadi pada hari keenam di Italy, saya bersama kawan naik  High Speed Train @ Trenitalia ke Pompei. Kami bertolak dari Roma Termini, Rome ke stesen Napoli Centrale  pada jam 10.10 pagi dan perjalanan  mengambil masa satu jam 30 minit untuk sampai. Selepas tu, kami kena naik komuter di stesen  Circumvesuviana ke Pompeii Scavi-Villa dei Misteri. Gambar di atas adalah rupa komuter di sana.  Rupa tren d